Wednesday, February 16, 2011

FAKTA !!!

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang
bertentangan.

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan
nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga kurang ngan siku sampai ia kena.......Tak normal la koran

Monday, February 14, 2011

Antara Pegang Awek+Pakwe & Pegang Anjing, lucu tapi...............

Di suatu kawasan tanah lapang, seekor lembu terserempak dengan seekor anjing yang kelihatan seperti sedang marah-marah. Si lembu pun segera memberanikan diri menghampiri si anjing, lalu menyapanya.

Lembu: Hai anjing, apa khabar? Macam ada yang tak kena je?

Anjing: Aku tengah tension ni… Ikutkan hati, nak je aku gigit manusia tadi!

Lembu: Eh? Kenapa?

Anjing: Aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tiba-tiba si lelaki terperanjat dan terus melompat, sambil berkata “hoi anjing, pergi jauh-jauhlah.. najis!”

Lembu: Ya, lah. Kau kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu…

Anjing: Kalau aku najis sekali pun, kalau dia tersentuh aku, boleh je disamak. Habis, yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa dia tu?

Lembu: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang kau wahai anjing, malah tak boleh disucikan sekalipun disamak!

Anjing: Wah.. ayat kau memang power la… lepas ni manusia kena ubahla pepatah “Pandai macam LEMBU”

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.” (HR Ibnu Majah)


¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤


Sedikit Penjelasan:

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala
yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
sentuh...

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Dulu, saya pelik, kenapa pegang tangan pun mesti dijadikan salah satu garis pandu untuk don'ts dalam couple. Bukankah pegang tangan sesama bukan muhrim itu haram, garis pandu untuk orang Islam, bukan hanya bila couple?

Itu asas pengetahuan dan pengamalan dalam Islam. Mudah saja. Jangan sentuh orang yang bukan muhrim. Jika garis pandu asas ini tidak dipatuhi dan suruhan Tuhan dizalimi, itu yang bermulanya benda-benda lain yang diluar kawalan kita.

٭٭٭٭٭٭٭٭Nabi pesan, sentuh kulit babi yang berdarah tu lebih baik daripada kita sentuh kulit orang yang bukan muhrim kita. Babi tu sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Rupa-rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada itu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan muhrim lebih hina daripada babi.٭٭٭٭٭٭٭٭

×××××××××××Begitu juga dengan bangun subuh. Kalau orang yang masih berselimut walaupun dah dengar azan subuh, dia seperti menyelimuti dirinya dengan kulit babi.×××××××××××

"Heleh, beda'ah betul. Selimut, selimutlah. Kulit orang, kulit oranglah. Mana nak sama dengan kulit babi?"

Bendanya memang tak sama. Dosanya sama. Bukankah semua amalan, dosa dan pahalanya bergantung pada niat?

Semuanya bergantung pada keyakinan kita pada Tuhan. Yakin, bukan setakat percaya. Kita semua percaya Tuhan itu ada. Tapi kita benar-benar yakinkah yang Tuhan itu ada? Kiranya iya, kita akan akui dan geruni segala kekuasaan-Nya. Kita akan turuti setiap kemahuannya dan tinggalkan larangan-Nya.

Kita akan ingat, walaupun hanya makwe/pakwe kita saja yang tahu apa yang kita buat, tapi Tuhan nampak dan tahu setiap sesuatu. Setiap daun yang gugur, dan setiap rasa dalam hati. Dia yang Maha Mengetahui. Dan Dia uji kita, ingatkah kita pada Dia?

Koleksi Kisah Lawak



Dua Pesakit Jiwa

Ada dua pesakit yang dirawat di rumah sakit jiwa sedang menyusun rancangan untuk melarikan diri. Mereka merancang untuk menggunakan tangga yang akan diletakkan di pintu pagar RSJ tersebut. Rancangan itu telah disusun dengan teliti sekali. Sebelum melarikan diri, diutuslah orang gila pertama untuk melihat situasi di depan. Kemudian dia melaporkan pada orang gila kedua.

Gila 1 : "Aduh, rancangan kita pasti gagal"

Gila 2 : "Mengapa?Apakah pintu keluar dijaga ketat ?"

gila 1 : "Tidak, sama sekali tidak ada penjaga"

gila 2 : "Jadi mengapa ?'

gila 1 : "Kerana pintunya tidak ada. Dimana kita akan meletakkan tangganya ?"



Restoran terbersih

Pemilik : "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan pelayanan kami?" Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan. Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini." Pemilik : "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?" Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."



Guru Dan Murid

Guru : Budin, di mana letak Australia ? Budin : Di sini, cikgu! ( sambil menunjuk peta ) Guru : Bagus! Sekarang Abu, siapa yang menemukan Australia? Agus : Abu, Cikgu!



Anak Dan Bapa

Dodo pulang dari sekolah bercerita pada bapanya yang tidak pernah bersekolah. "Bapak..tadi saya dimarahi cikgu!" "Kamu buat silap apa, Dodo?" "Tadi saya tak dapat menjawab pertanyaan cikgu." "Apa yang ditanya cikgu?" "Cikgu tanya..dimana letaknya Washington.." "Bodohnya kamu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa kat mana tempatnya!"



Ahli Silap Mata dan Burung

Seorang ahli silap mata mempertunjukkan kebolehannya di sebuah kapal mewah di lautan Caribbean. Penontonnya selalu berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulang-ulangi trik yang sama.Masalahnya adalah: Seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan menjadi tahu tipuan-tipuan yang dilakukan oleh ahli silap mata . Suatu malam ketika ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung berteriak di tengah-tengah pentas. "Lihat.. !! Itu bukan topi yg sama !!" "Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!" "Hey... semua daun terupnya,daun A !! " Si ahli silap mata sangat jengkel tapi tidak dapat berbuat apa-apa. Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli silap mata terapung2 di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si burung kakak tua. Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian tapi tidak mengucapkan satu patah kata pun.Ini berlangsung berhari-hari.Si ahli silap mata pun hairan kenapa si burung tak mahu terbang menyelamatkan diri.Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung berkata "OK... saya menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya ??"



Russian dan Amerikan Dua orang lelaki, seorang dari Rusia, seorang dari Amerika sedang berdebat tentang kebebasan bersuara di negara masing-masing. Sam : Di negara saya, orang bebas menuntut, memaki-maki, bahkan pada presiden sekalipun. Stoikov : Saya kira bukan hanya di negara anda sahaja yang ada kebebasan. Di Rusia, orang juga bebas memaki-maki presiden Amerika